Free Fire: Tatsuya bakal jadi meta terbaik bagi rusher?

Setiap musim, Garena Free Fire bakal memperkenalkan tampalan  (patch) baharu  yang memberikan gaya permainan kompleks bagi pemain mencuba perkara baru. 

Pembaharuan baru-baru ini adalah karakter Tatsuya sudah diperkenalkan untuk digunakan pemain sebagai alternatif strategi baharu dalam permainan.

Skil aktif (Rebel Rush) memecut dalam masa yang singkat iaitu 0.3 saat, memberikan kelebihan buat pengguna dalam situasi pertarungan jarak dekat kerana dapat mengelak tembakan dan impak kerosakan yang tinggi diterima.

Walau bagaimanapun, skil ini hanya boleh diaktifkan sebanyak dua kali bagi setiap penggunaan dengan cooldown lima saat antara pecutan pertama dan kedua. 

Namun karakter ini akan mengalami cooldown selama 120 saat bagi setiap pecutan yang digunakan. Hal ini menjadikan Tatsuya belum mampu diadaptasi sepenuhnya ke dalam saingan kompetitif atas faktor keberkesanan masa.

Beberapa pemain profesional dilihat sudah mula mempraktikkan karakter ini dalam perlawanan persahabatan (scrims) dan rata-ratanya menggunakan kombinasi pet Rockie kerana mampu menyingkatkan masa cooldown sebanyak 18% iaitu 21.6 saat bagi tahap maksimum.

Karakter ini juga dijangka akan ditambah baik pada masa akan akan datang, seterusnya dapat dimanfaatkan pemain yang bermain sebagai perusuh (rusher). 

Antara kombinasi yang popular adalah seperti berikut:

  • Tatsuya, Kelly, Joseph dan D-Bee (Kelajuan menyerang)
  • Tatsuya, Kelly, Misha dan Hayato (Rusuhan kenderaan)
  • Tatsuya, Kelly, Jota dan Alvaro (Rusuhan bom)

RELATED NEWS

+