Free Fire: ZennOP dan Ashura diumum pemain baharu SEM9, lengkapkan roster ke ESL Snapdragon Disember ini

Selepas kemasukan NEWB ke dalam pasukan, kini Muhd Faris Mohd Sharol (ZennOP) dan Muhd Aiman Hariz Idris (Ashura) melengkapkan roster SEM9 Free Fire.

Hal ini dimuat naik secara rasmi di Facebook SEM9, semalam. “Kedua-dua pemain bakal beraksi dengan roster Garena Free Fire dan akan bermain di ESL Snapdragon Season Challenge pada 2 Disember ini,”

Susulan dua pengumuman itu, peminat tempatan menganggap kemunculan semula trio itu seolah-olah perjumpaan semula bayangan roster tahun lalu.

Pasukan itu bakal menghadapi kejohanan ESL Snapdragon musim kedua pada awal Disember ini. Justeru itu, kehadiran tiga pemain ini mengisi kekosongan yang ditinggalkan Orenn, Lemon dan Fenix.

ZennOP dijangka bermain sebagai rusher manakala Ashura akan bertindak kembali sebagai support-rusher dan sniper. Kebolehan masing-masing di peringkat kejohanan major tidak boleh disangkal lagi kerana pernah beraksi bersama Autoknockout dan Blacklist International sebelum ini. 

RELATED NEWS

+