Funimation selesai membeli Crunchyroll, kini bernaung di bawah Sony Pictures Entertainment

Funimation sudah menyelesaikan pembelian Crunchyroll, menyatukan dua perkhidmatan penstriman anime terbesar di bawah naungan Sony Pictures Entertainment.

Pertama kali diumumkan pada bulan Disember 2020, perjanjian itu bernilai hampir AS$1.2 bilion (RM5.07 bilion) dengan Crunchyroll yang mempunyai lima juta pelanggan. Dalam satu siaran, Sony Pictures mengatakan pernjanjian itu akan memberi peluang untuk memperluaskan pengedaran dan penawaran yang berfokuskan kepada pengguna.

“Kami sangat gembira menyambut kemasukan Crunchyroll ke kumpulan Sony” kata Ketua Pegawai Eksekutif Sony, Kenichiro Yoshida.

“Anime adalah sebuah media yang berkembang pesat, memberi inspirasi dalam bentuk emosi kepada penonton di serata dunia. Penyelarasan Crunchyroll dan Funimation akan memberikan ruang kepada kami untuk lebih erat dengan pencipta dan peminat yang menjadi nadi komuniti anime,” ujar beliau lagi.

Pengumuman Sony berikutan laporan bahawa jabatan kehakiman Amerika Syarikat (U.S. Department of Justice) sedang menyiasat perjanjian tersebut yang berkemungkinan akan melanggar antimonopoli.

Kerajaan Amerika Syarikat dilaporkan ingin menentukan sama ada perjanjian itu akan memberi monopoli kepada Sony untuk penstriman Anime.

Ini kerana kebanyakkan perkhidmatan penstriman lain banyak melabur di dalam anime sejak baru-baru ini terutamanya Netflix.

Artikel ini diterjemahkan dari laman web rasmi IGN SEA. Anda boleh membaca artikel penuh di SINI.

RELATED NEWS

+