Gabe Newell: The International mungkin dianjurkan di New Zealand pada masa depan

Dalam sebuah temu ramah bersama akhbar digital 1 News, Gabe Newell (Presiden Valve) berbicara tentang perancangan syarikatnya dalam pembangunan permainan video dan e-sukan.

Gabe kini sedang menetap di New Zealand bersama keluarganya. Beliau mula bercuti di sana pada bulan Mac tahun lepas dan membuat keputusan untuk meneruskan penginapan di sana apabila pandemik COVID-19 mula merebak di seluruh dunia.

Foto: 1 News

New Zealand merupakan salah satu negara yang berjaya mengawal penularan wabak COVID-19. Jumlah purata kes baharu harian di negara tersebut tidak mencecah tiga angka sejak bulan April tahun lepas.

Keadaan sebegini memberi keyakinan kepada Gabe untuk merancang acara-acara fizikal seperti kejohanan besar. Beliau berpendapat bahawa The International dan CS:GO Major Championship berkemungkinan dianjurkan di New Zealand pada masa depan.

Gabe juga mengesahkan bahawa Valve sedang membangunkan beberapa permainan baharu. Kejayaan permainan terbaru mereka, Half-Life: Alyx, memberi semangat baharu kepada para pembangun di Valve.

Beliau tidak menyatakan sama ada Half-Life 3 termasuk dalam senarai projek baharu di Valve. “Pelancaran Half-Life: Alyx mewujudkan momentum dalam syarikat ini untuk menghasilkan lebih banyak permainan single player,” kata Gabe.

Sumber: 1 News

Foto: 1 News

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+