Gabungan ini menjadikan FaZe Clan kini bernilai USD1 billion

FaZe Clan, sebuah organisasi e-sukan mengumumkan entiti umum melalui sebuah gabungan yang akan menjadikan syarikat itu bernilai AS$1 billion (RM4.15 billion).

Gabungan organisasi itu berlaku bersama sebuah syarikat bernama B. Riley Principal 150 Merger Corp (BRPM) – iaitu sebuah syarikat yang diasaskan dan mengumpul dana khusus untuk bergabung atau memilik syarikat lain.

Melalui gabungan ini BRPM akan membayar FaZe Clan kira-kira AS$291 juta (RM1.2 billion) yang mana dana itu akan digunakan dalam usaha mereka berkembang ke peringkat global. Dalam masa yang sama, BRPM juga akan menukar nama kepada FaZe Holding Inc. dan akan menggunakan simbol FAZE.

Transaksi ini akan berakhir pada suku pertama 2022 dan peranan Lee Trink sebagai CEO FaZe akan kekal selain menjadi badan pengerusi. 

FaZe Clan ditubuhkan pada 2010 sebagai sebuah pasukan Call of Duty yang kini sudah mempunyai 350 juta pengikut di kesemua media sosial mereka, termasuk saluran mereka sebagai pencipta kandungan. 

Kini, mereka mempunyai pasukan e-sukan yang meluas seperti Call of Duty, CS:GO, PUBG, Rainbow Six Siege, FIFA, VALORANT, Fortnite dan Roccket League. Bahkan jenama mereka juga berkembang di pelbagai kategori seperti permainan, produk gaya hidup, barangan sukan dan lain-lain lagi.

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA

TAGS

RELATED NEWS

+