Galaxy Racer akan melabur RM42 juta ke dalam ekosistem e-sukan Malaysia

Galaxy Racer, organisasi e-sukan yang bertapak di Dubai, Emiriah Arab Bersatu kini mahu membuat pelaburan sebanyak RM42 juta dalam masa lima tahun untuk ekosistem e-sukan Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran Galaxy Racer Allan Phang, syarikat ini mahu menguatkan lagi posisi di dalam Malaysia sebagai salah satu kawasan hab digital dengan terbukanya ibu pejabat Asia-Pasifik di sini.

Selain itu, pelan untuk mengadakan acara e-sukan dan juga perlawanan e-sukan sekaligus memberi galakan untuk ekosistem e-sukan Malaysia.

Ditambah lagi, Galaxy Racer juga mahu menaikkan lagi penglibatan wanita dalam e-sukan sama seperti acara Girl Gamer Festival World Finals di Dubai yang sudah menjadi acara julung kali dan festival e-sukan yang pertama menyambut wanita secara kompetitif dalam permainan video.

Di samping itu, Galaxy Racer juga mahu membuat satu studio baru untuk efek visual taraf dunia dan animasi.

“Kami mengiktiraf Malaysia sebagai hab untuk animasi VFX dan kami juga sedang mencari lokasi yang sesuai,”

Bagi yang belum tahu, Galaxy Racer diasaskan oleh Paul Roy pada tahun 2019 dan kini menjadi organisasi e-sukan terbesar dengan lebih 100 pencipta kandungan di serata Asia Tenggara, Asia Tengah, Amerika Utara, Asia Selatan dan Eropah dan lebih 500 juta pengikut dengan 2.5 billion jumlah tontonan bulanan.

Rujukan: TheSunDaily

RELATED NEWS

+