Galaxy Racer melantik bekas Ketua Pemasaran, Walid Singer sebagai Ketua Kakitangan

Sebuah organisasi e-sukan, permain dan gaya hidup, Galaxy Racer yang berpangkalan di Dubai itu baru-baru ini melantik Walid Singer sebagai Ketua Kakitangan mereka yang baru. 

Walid sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Pemasaran Galaxy Racer yang menjadi tunjang utama perkembangan pemasaran organisasi itu semasa awal penubuhannya pada 2019 sehingga kini telah mempunyai 370 juta pengikut daripada seluruh dunia selain 100 pembikin kandungan dengan lebih 2 juta penonton bulanan. 

Tugas Walid kini bertugas sebagai mereka yang memantau dan menyokong pelbagai bahagian di dalam Galaxy Racer.

Sebelum menyertai Galaxy Racer, Walid bekerja di Lubnan dalam teknologi yang menyokong industri hiburan. Beliau kemudiannya menjadi pengasas bersama dalam membangunkan Presella sebuah platform e-tiket untuk acara di Lubnan pada 2012. Platform ini menyediakan platform untuk penganjur, ahli muzik dan artis membuat acara di negara itu. 

Beliau kemudiannya tersenarai sebagai 20 usahawan terbaik di Executive Magazine dan ditampilkan sebagai Arabian Business Entrepreneur of The Week. 

Raul Roy, CEO Galaxy Racer menyatakan, “Semangat usahawan Walid, digabungkan bersama pengetahuan pemasaran yang sangat menakjubkan telah menjadi sebahagian besar kepada perkembangan kami sejak 2019.”

“Walid telah membantu membangun dan mengasuh pasukan kami sehingga mampu berkembang berkali ganda di dalam tempoh dua tahun ini dan kini sudah melebarkan sayap di pelbagai wilayah. Perlantikannya sebagai Ketua Kakitangan adalah sangat layak.

“Kenaikan pangkat ke Ketua Kakitangan ini merupakan penghargaan yang besar,” kata Walid Singer.

“Galaxy Racer membenarkan saya menggabungkan pengalaman dan minat, bakat-bakat sokongan daripada MENA, membangunkan bisnes di dalam esukan yang merupajan evolusi hiburan dan memastikan komunikasi yang efektif untuk seiring bersama pasukan yang betul. Saya sangat teruja untuk menjelajah pengembaraan baru saya bersama pasukan.”

RELATED NEWS

+