Gambit Gantung Midlaner, gpk Kerana Tak Mahu Menyertai Bootcamp

Drama melanda Dota 2 di rantau Negara Bebas Komanwel (CIS) makin menjadi-jadi baru-baru ini.

Gambit Esports mengumumkan pemain bintang mereka, Danil “gpk” Skutin yang digantung dari menyertai kelayakan ESL One Los Angeles 2020 kerana tidak mahu berlatih bersama ahli pasukannya (bootcamp).

Mereka menggantikan gpk dengan Rostisvlav ‘fn” Lozovoi dan pengumuman itu dibuat di Twitter pada hari Selasa lepas. Disebabkan kontraknya akan berakhir pada awal 2021, mereka menggantung saja kariernya buat sementara waktu.

Khabar angin mengatakan, gpk sebenarnya mahu sertai Virtus.Pro tapi tidak dikeluarkan dari kontrak bersama Gambit. Pemain berusia 18 tahun ini perlu mengambil risiko awal tidak boleh menyertai mana-mana pertandingan pro sehinggalah kontraknya tamat pada 2021.

gpk sertai Gambit pada Ogos lepas dan memberi impak kepada komuniti Dota apabila pasukan itu raih naib juara di ESL One Hamburg 2019.

 

fn kini kembali ke Gambit

Fn sebelum ini pernah bermain di StarLadder ImbaTV Dota 2 Minor pada Mac 2019 dan membawa Gambit ke tempat kedua. Sejak kariernya bermula pada 2014 dan bermain di bawah beberapa organisasi CIS seperti Insane Gaming, Power Rangers, Vega Squadron dan Team Empire.

Bersama Empire, mereka di tempat ketujuh The International 2019.

(Sumber: JoinDota)

RELATED NEWS

+