Game MOBA Pertama Buatan Malaysia – Ejen Ali: Agents’ Arena! Daftar Beta Tertutup Sekarang

Bukan perkara baru apabila sebuah animasi diperkembangkan menjadi permainan video/mudah alih. Bagi Ejen Ali yang baru-baru ini memperoleh AS$7.3 juta (RM30 juta) menerusi Ejen Ali: The Movie, francais itu dikembangkan pula ke permainan mudah alih.

Mengikut laporan IGN SEA, Ejen Ali kini mempunyai permainan genre ‘Massive Online Battle Arena (MOBA) yang dinamakan Ejen Ali: Agents’ Arena dengan mod 3v3 menawan objektif. 

Ejen Ali mobile MOBA demo montage

We got to try out the brand new Ejen Ali game at #LevelUpKLPlay over the weekend. Ejen Ali is a mobile MOBA that centers around capturing the flag. It is a 3v3 experience and each character in the game possesses different abilities so different plays and metas are possible!

Posted by IGN Southeast Asia on Sunday, November 10, 2019

Pemain boleh memilih beberapa watak seperti Ali, Alicia dan lain-lain yang terdapat dalam filem. 

Karakter ini mempunyai kemahiran berlainan dan anda boleh menekang dua butang, butang serang dan kuasa besar. Bagi kuasa besar, ia boleh digunakan untuk lakukan serangan bertubi-tubi dan recaj lebih laju apabila dalam mod berlawan.

Pemain harus kerjasama untuk menawan objektif sehingga 100% yang dikira pasukan pemenang. Terdapat tiga objektif di dalam peta untuk ditawan.

Daftar untuk sesi beta-tertutup di LINK ini.

(Sumber: IGN SEA)

RELATED NEWS

+