Game Mobile Battle Royale Kaut Untung Lumayan Lebih Dari USD$2 Billion Dalam Masa 2 Tahun

Battle royale di mobile benar-benar mencipta fenomena gergasi. Lihatlah keuntungan yang dibawa masuk!

Menurut kajian oleh Sensor Tower (melalui VentureBeat), game mobile bertemakan battle royale mencatatkan keuntungan lebih daripada USD$2 billion (RM8.3 billion) dari muat turun iOS dan Android dalam jangka masa kurang dari 2 tahun.

Walaupun PUBG Mobile dan Fortnite terkenal di Malaysia, Sensor Tower mendapati Knives Out diterbitkan oleh Netease menduduki tangga teratas dan mengumpul lebih daripada USD$640 juta (RM2.6 billion) melalui pembayaran yang dibuat oleh pemain sejak dilancarkan pada November 2017.

Fortnite pula menduduki tangga ke-2 dengan keuntungan USD$630 juta (RM2.6 billion) tetapi keuntungan ini berdasarkan App Store kerana Fortnite tidak tersedia di Google Play. Pembangun & penerbit, Epic Games mempunyai pelantar tersendiri di telefon Android.

PUBG Mobile berada di tangga ke-3 dengan USD$439 juta (RM1.8 bilion) manakala Garena Free Fire dengan USD$253 juta (RM1 billion) dan Rules of Survival dengan USD$97 juta (RM404 juta).

Walaubagaimanapun, PUBG Mobile mencatat keuntungan mendadak sebanyak 63% berbanding USD$91 juta (RM379 juta) pada suku akhir ke-4 tahun 2018 (4Q18). Garena Free Fire juga berada di situasi sama dengan peningkatan perbelanjaan pemain sebanyak 18%. Fortnite di iOS catat penurunan sebanyak 25% berbanding dengan 34% pada 4Q18 dan diikuti oleh Knives Out dan Rules of Survival. 

Baru-baru ini, kami melaporkan Game for Peace iaitu penggantian game untuk PUBG Mobile di negara China telah pun mengaut keuntungan sebanyak USD$14 juta (RM58.28 juta) dalam masa 3 hari selepas pelancaran.

Mengambil kira faktor Game of Peace dan Fortnite yang bakal dilancarkan ke China pada tahun ini, genre battle royale untuk mobile akan terus melalui perubahan drastik dalam tahun akan datang.

RELATED NEWS

+