Game percuma EGS minggu ini: God’s Trigger dan Enter the Gungeon

Dua lagi permainan percuma disediakan di Epic Games Store (EGS) pada minggu ini iaitu Enter the Gungeon dan God’s Trigger. Pastikan anda tidak terlepas peluang untuk menebus kedua-dua permainan ini.

Kalau anda minat permainan roguelike, anda mesti akan suka Enter the Gungeon tetapi ia juga menggabungkan unsur-unsur bullet hell. Oleh itu, pastikan anda bersedia untuk permainan yang agak mencabar.

God’s Trigger pula merupakan permainan aksi top-down di mana anda bermain sebagai Harry, seorang malaikat, dan Judy, seorang syaitan. Permainan ini juga mempunyai mod multi-pemain untuk anda main bersama seorang rakan.

Tawaran percuma untuk kedua-dua permainan di atas akan berakhir pada 27 Ogos. Pada minggu depan pula, Hitman dan Shadowrun Collection akan ditawarkan secara percuma.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+