Game RPG buatan Malaysia, Exist.EXE, pemain perlu hack untuk bertarung dan selesaikan puzzle

Dengan Tron dan hack yang memukau para penonton dengan kisah dunia digital, ianya cukup sesuai untuk pencipta permainan generasi sekarang untuk menghasilkan permainan yang berlaku di ruangan siber ini. 

Exist.EXE, permainan RPG daripada Malaysia ini adalah salah satu daripadanya. Diinspirasikan daripada SNES JPRGs klasik dan menggabungkan kisah mengenai ciptaan dan kewujudan. 

Permainan ini berkisarkan tentang seorang pembangun permainan bernama Marcus, yang terperangkap di dalam sebuah permainan yang dibangunkannya, yang kelihatan sedikit aneh dengan ciptaannya yang diciptanya tanpa niat. 

Marcus perlu merungkai banyak rahsia permainan itu sepanjang pengembaraannya. 

Exist.EXE juga menampilkan elemen puzzle yang menggalakkan pemain untuk berfikir luar kotak. Antaranya permain perlu menemui jalan untuk merentasi halangan dengan mengubah saiz objek untuk membuka laluan atau menghasilkan nod teleportasi.

Untuk pertarungan pula, pemain akan banyak terlibat dalam perlawanan gaya JPRG, dengan empat ahli pasukan di setiap sudut konflik.

Pemain perlu menggodam sistem pertarungan dengan mengubah kebolehan ahli pasukan mereka yang akan memberi kesan pada nilai serangan, mengubah arah serangan kepada sasaran berbeza dan banyak lagi.

Permainan ini dibangunkan oleh pembangun Malaysia iaitu Skyfeather Games, dengan menampilkan gaya seni piksel 16-bit.

Ketahui maklumat lebih lanjut mengenai permainan ini di SINI dan ikuti mereka di laman Facebook dan Twitter mereka. 

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI

RELATED NEWS

+