Siapa sangka sebenarnya permainan video yang sedang viral ini dibangunkan oleh rakyat Malaysia!
Permainan ini dimainkan oleh ramai orang dari beberapa Vtuber terkenal sehinggalah YouTuber dan streamer-streamer terkenal di serata dunia.
I’m a game developer from Selangor who created TCG Card Shop Simulator on Steam. As a nod to my home country, I added Ringgit Malaysia as one of the currencies in the game!
byu/OPNeon inmalaysia
Baru-baru ini Sia Ding Shen membuat satu petikan di Reddit mengatakan dia adalah pembangun dari Selangor yang mencipta TCG Card Shop Simulator.
Sia Ding Shen juga menambah Ringgit Malaysia sebagai salah satu mata wang yang wujud dalam permainan video ini.
Ia adalah simulasi dimana anda menjadi seorang peniaga kedai kad TCG iaitu Tetramon yang juga sebuah permainan video dibangunkan oleh OPNeon Games.
Anda sebagai pemilik kedai boleh menjual pelbagai jenis kad yang ada dan perlu memastikan operasi kedai anda berjalan dengan lancar.
Antara yang paling menarik adalah beberapa pelanggan kedai anda yang berbau busuk dan perlu diwangikan dengan deodoran!
Terdapat juga banyak kad-kad yang anda boleh dapatkan untuk dijual atau dikumpul. Setiap satu mempunyai keunikan (rarity) mereka sendiri!
Mahu jadi pemilik kedai TCG terbaik? Anda boleh membeli TCG Card Shop Simulator di Steam dengan harga RM34 sahaja!