GameFreak digodam – tragedi terbesar dalam sejarah Pokemon

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Pencipta Pokemon, Game Freak baru-baru ini digodam dan banyak maklumat mengenai projek lepas dan projek akan datang dicuri dari mereka.

Boleh dikatakan godaman kali ini adalah setaraf dan mungkin lebih teruk dari apa yang Imsomniac Games terkena dahulu.

Leak ini juga mempunyai lebih 25 tahun rekaan Pokemon lama, aset, dokumen penting dan filem yang dibatalkan.

Beberapa maklumat mengenai permainan Pokemon generasi ke-10 juga muncul dan digelar Gaia.

Satu nama baru untuk permainan spin-off Pokemon juga muncul dan digelar Synapse.

Terdapat maklumat beberapa siri aksi nyata juga keluar seperti filem kedua Detective Pikachu dan satu siri Netflix juga akan dibuat.

Sumber kod bagi permainan video lama Pokemon juga sudah keluar untuk HeartGold dan Soulsilver termasuk Black 2 dan White 2.

Antara yang menarik juga adalah rekaan beta beberapa rekaan Pokemon lama sebelum masuk ke permainan Pokemon secara rasmi.

Menurut VGC, Nintendo dan The Pokemon Company mengesahkan mereka menghadapi kebocoran data dan lebih 2,000 maklumat staf sudah diambil.

Nintendo juga tidak lekang dari menghadapi masalah leaks atas talian dan perkara ini sudah pun berlaku untuk Pokemon Violet dan Scarlet dimana beberapa orang menerima permainan itu beberapa bulan awal dari tarikh pelancaran.

RELATED NEWS

+