Gamer bina PC dalam beg melancong ke Panama

Hanya kerana bakal bercuti ke Panama seorang gamer membuat PC sendiri dalam beg melancong siap dengan kalis air.

Saiz tidak menjadi masalah kerana sistem ini menggunakan RTX 3090, 16 Core Ryzen 9 5950X, 128GB DDR4-3200 RAM dan 2TB NVMe SSD dan 4TD 2.5″ SSD.

Kipas radiator yang digunakan juga cukup untuk menjadikan PC ini sejuk.

Lebih menakjubkan untuk memastikan begnya kalis air, dia membaling beg itu ke dalam kolam renang.

“Saya isikan tisu dapur sebelum baling ke dalam kolam renang dan membiarkannya selama beberapa minit untuk memastikan air tidak masuk. Tiada satu titis pun masuk dan sudah semestinya saya tidak memasukkan barang PC itu di dalam beg itu. Saya cuma mahu kepastian untuk mengelak air hujan atau air laut semasa transit,”

Siapa sangka percutian ke Panama tidak dilupakan juga gaming rig yang hebat.

RELATED NEWS

+