Gamer terjumpa PS4 RM22 di kedai barang terpakai

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Cepumas buat seorang gamer bernasib baik apabila pergi ke kedai barang terpakai.

Satu PlayStation 4 dengan harga AS$ 4.99 (RM22) telah dijumpai olehnya dan terus dibeli tanpa mengetahui adakah PS4 itu masih berfungsi atau tidak.

Foto: Reddit r/narfnerfmods

Walaupun tidak mempunyai kabel atau alat kawalan, lebih mengejutkan PS4 ini masih berfungsi dengan baik dengan storan 1TB.

Foto: Reddit r/narfnerfmods

PlayStation 4 bukan lagi konsol yang terbaik setelah 10 tahun wujud, tetapi dengan harga RM22 sudah semestinya ia wajib dibeli.

Resit bukti pembelian juga telah diberikan olehnya dengan tambahan diskaun kupon AS$1.

Foto: Reddit r/narfnerfmods

Kedai bundle, kedai barang terpakai, dan pasar lambak sentiasa menjadi tempat yang anda mencari barang-barang elektronik murah tidak kiralah permainan video atau barang-barang yang lain.

Jika anda bernasib baik, mungkin sebiji PS4 menanti anda.

Perkongsian ini dibuat di Reddit r/playstation oleh pengguna @narfnerfmods.

I took a gamble at the thrift store
byu/narfnerfmods inplaystation

Dia mengatakan dia hampir terlepas pandang PS4 tersebut kerana dia ingat ia hanyalah satu kotak hitam diantara barang-barang dapur yang lain di kedai itu.

Narfnerfmods mengatakan keluarganya adalah keluarga Nintendo dan produk PlayStation ini adalah yang pertama untuk mereka.

Nasib baik untuk anaknya juga kerana dia mahu bermain Marvel’s Spider-Man yang juga ada di pelantar PlayStation 4.

Ramai orang di Reddit memberikan komen terkejut dan pujian atas nasib baik narfnerfmods.

 

RELATED NEWS

+