Gank.FTY Menjuarai Kejohanan PUBG Mobile Malaysia National Championship (PMNC)

Dalam usaha mencari pasukan PUBG Mobile terbaik Malaysia, kejohanan PUBG Mobile Malaysia National Championship (PMNC) dianjurkan di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur pada Sabtu dan Ahad lalu menemukan juara sulung mereka iaitu Gank.FTY!

Mereka terdiri daripada Aiman Amirul Mohd Sahid (Manprg), 22 tahun, Abdul Azim Ikromi Abdul Rashid (Draxx), 20 tahun, Muhammad Hazim Abd Hamid (Jimboy), 25 tahun dan Mohammad Hafizi Baharudin (GEEK), 23 tahun. 

Gank.FTY membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000 dan pelan mobile setahun untuk Yoodo. Tahniah kepada mereka!

Mereka menang dengan skor agak tipis di depan AROV dan Panda Crew Senior masing-masing meraih tempat kedua dan ketiga.

Korang boleh saksikan ulangan stream perlawanan mereka berentap di bawah:

PUBG Mobile Malaysia National Championship dianjurkan oleh Mineski Events Team (MET) Malaysia dengan kerjasama Tencent Games dan menerima sokongan daripada Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM).

RELATED NEWS

+