Gara-gara RRQ tewas, IG Player EVOS Legends hilang?

El Clasico di antara EVOS Legends dan RRQ Hoshi sudah tidak asing lagi di dalam arena kompetitif Mobile Legends Indonesia.

Kedua-dua pasukan ini dianggap sebagai dua kuasa besar dan mempunyai peminat yang sangat ramai dalam kalangan penyokong Indonesia.

Baru-baru ini, EVOS Legends baru sahaja menewaskan pasukan RRQ Hoshi dengan skor 2-0 tanpa balas di musim liga MPL ID s10 dan perkara ini dilakukan dengan hanya menurunkan barisan pemain baru mereka.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Game MLBB Mobile Legends ML (@emak_moba)

Namun begitu, kemenangan EVOS itu menyebabkan segelintir netizen yang tidak berpuas hati lalu membuat laporan ke atas akaun Instagram milik pemain jungler EVOS Legends iaitu Sutsujin.

Disebabkan laporan itu, akaun Instagram Sutsujin tidak boleh diakses dan ini menyebabkan peminat EVOS Legends berang terhadap individu yang membuat laporan itu.

Akan tetapi, perkara ini sudah menjadi sinonim di Indonesia dan sikap provokasi itu harus dihentikan bagi melahirkan persekitaran e-sukan yang sihat.

RELATED NEWS

+