Garena AOV: Asyik Kalah Guna Gadis Tangkas Ni? Ini Cara-Cara Bermain Airi!

Tak seperti assassin lain, Airi mungkin tak setangkas dan overpowered macam Butterfly atau Batman, tapi hero terbaru dalam Garena Arena of Valor ini mempunyai keunikan tersendiri.

Pertama kali penulis menggunakan Airi, bukan main susah lagi nak faham mekanisme dan set kuasanya. Ini kerana Airi antara hero yang agak lambat clear jungle camps dan dia juga kurang gank potential jika tiada item

Sebelum mendapat ulti, kekurangan heal dan escape mechanism (jika korang guna kuasa kedua untuk serang, agak mustahil nak lari lepas skill ni cooldown). 

Walaupun kekurangan self-sustain, Airi lebih independent kerana gaya permainannya lebih kurang seperti Nakroth. Mahu tahu cara terbaik untuk score kills menggunakan Airi? Jom baca ulasan penulis!

PLAYSTYLE – SEBELUM LEVEL 4

Airi boleh dimainkan sebagai assassin yang terus masuk fight walaupun sebelum mendapat ulti. Tapi ia seharusnya dilaksanakan dengan berhati-hati sebab escape mechanism dimilikinya ialah kuasa kedua. Walaupun korang mempunyai caj sebanyak 3 kali, jika digunakan hanya untuk serang, cooldownnya agak lama untuk digunakan ketika melarikan diri.

Korang boleh cuba gunakan Airi seperti Nakroth. Selepas mendapat red buff, terus ke lane untuk menakutkan ataupun cuba score kill. Caranya, gunakan dulu kuasa kedua sekali untuk mara ke musuh. Pukul, pukul sambil gunakan kuasa pertama untuk mini-stun. Jika musuh lari, gunakan baki 2 dash untuk menangkap mereka.

Yang bestnya dekat sini, kuasa pertamanya akan refresh jika korang pukul dengan lebih kerap. 

PLAYSTYLE – SELEPAS MENDAPAT ULTI

Walaupun Airi tak mempunyai kuasa membunuh sekuat Batman dan Butterfly ataupun Lubu, gadis licik ini mempunyai stat yang agak tanky untuk dive ke sekumpulan musuh.

Andai kata dalam satu teamfight korang nampak musuh sedang stick, pastikan tank pergi dulu untuk menadah damage ataupun ulti musuh. Kemudian, gunakan kuasa kedua untuk gap closure, gunakan ulti dengan segera kerana ia akan stun dan memberikan shield

Semakin ramai musuh, makin banyaklah jumlah shield yang diterima. Dengan item seperti Hercules’s Madness dan Uriel’s Brand akan memberikan jumlah shield yang tiada tolok bandingnya. Boleh jadi super tanky dalam teamfight!

ALTERNATIF LAIN: LANING DI KAWASAN DARK SLAYER

Kalau korang tak rasa selesa untuk jungle kerana berdepan dengan meta terkini (butterfly, batman, violet dan nakroth), korang boleh cuba main sebagai bruiser. Tanpa mana, Airi boleh spam skill sesuka hati. 

Kelebihan Airi ialah stat yang agak tankydamage yang scaling, senang untuk lari, senang untuk mengejar dan ultimate yang boleh mengenakan damage kepada banyak musuh.

Tapi bagi penulis, Airi adalah hero yang agak sukar nak dimainkan sampai mahir. Korang perlu praktis banyak kali di jungle dan offlane (mana-mana yang sesuai dengan playstyle). 

Boleh tonton video ini jika nak tahu lebih lanjut mengenai kombonya:

Minat AOV? Joinlah tournament AOV di Karnival Gegaria! Klik di sini!

RELATED NEWS

+