Garena Lancar Speed Drifters, Sebuah Game Racing Kini Boleh Muat Turun Di Android & iOS

Garena mengumumkan sebuah game racing baru secara percuma untuk platform mobile bertajuk Speed Drifters yang pernah dibangunkan oleh Tencent dengan nama “QQ Speed”.

Speed Drifters menampilkan grafik pemanduan berdefinisi tinggi dan terbahagi dalam empat mod perlumbaan seperti Solo speed, Team speed, Solo items dan Team items. Terdapat juga mod kasual iaitu Gold War dan Giant Rally untuk kumpulkan mata bagi peningkatan percuma.

Game ini mempunyai pemain muzik yang korang boleh dengar sambil memandu serta sistem sosial lengkap seperti dalam game MMO seperti aspek perkahwinan, kelab, siaran lintas langsung dan banyak lagi. Korang juga boleh berfesyen dengan pelbagai jenis kostum dan gaya berbeza serta banyak koleksi kereta disediakan.

Mulakan pemanduan korang dalam Speed Drifters kini boleh dimuat turun di Google Play Store dan App Store.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman Facebook dan Instagram Speed Drifters. Jangan lupa ikuti MyGameOn di Facebook dan YouTube untuk berita gaming terkini!

RELATED NEWS

+