Garena Tidak Akan Menerima Hak Penerbitan Untuk Permainan Terbaru Riot Games

Nampaknya, Garena tidak akan mempunyai hak penerbitan untuk permainan akan datang dari Riot Games.

Justin (kiri). Foto: IGN SEA

Laporan dari portal gaming IGN SEA yang menemubual Pengurus Besar Riot Games bagi rantau Asia Tenggara, Hong Kong dan Taiwan, Justin Hulog berkata, walaupun Garena memainkan peranan penting dalam memperluaskan jenama League of Legions di Asia Tenggara, syarikat itu berdepan masalah untuk memberi khidmat kepada komuniti, dengan cara bersesuaian dengan bisnes mereka.

“Selepas ini, Garena akan terus menerbitkan LoL tapi kami (Riot) akan menerbitkan sendiri permainan baru bila mana mampu.

“Kami akan pastikan pemain didengari dan mereka boleh terus berhubung secara terus dengan kami. Untuk permainan baru, kami akan tubuhkan satu unit pasukan di Singapura, menganjurkan acara dan mengedarkan permainan sesuai dengan usaha kami memajukan ekosistem,” katanya.

Hulog terus mengatakan yang cabaran terbesar diterima mereka adalah mendengar suara pemain melalui saluran yang betul kerana Asia Tenggara adalah pasaran yang penting bagi mereka.

Selama ini, mereka mendengar keluhan melalui Reddit dan Facebook malah pembaharuan akan dilakukan di mana mereka akan sediakan saluran sendiri bagi berhubung terus dengan pemain.

Riot Games mengumumkan tujuh permainan baru dan ada antaranya masih dalam pembikinan seperti Project A, Project L dan lain-lain. Selain itu, mereka juga umumkan versi League of Legends untuk peranti pintar.

Sumber: IGN SEA

RELATED NEWS

+