GAX Evolution 2018: Sertai Pertandingan Mobile Legends, Street Fighter V & PES 2019 Pada Sabtu Dan Ahad Ini!

GAX Evolution 2018 adalah edisi terbaru untuk acara tahunan Game & Anime Expo (GAX) yang bakal dianjurkan pada hujung minggu ini!

Acara yang dianjurkan oleh The GamePlan dan Genysis ini ditujukan khas kepada peminat ACG (anime, comic, game) seperti yang pernah dibawakan di GAX 2018 pada bulan Jun lepas.

Ia kembali sebagai salah satu sambutan di samping kejohanan akhir World Electronic Sports Games South East Asia (WESG S.E.A) di Quill Convention Centre, Quill City Mall.

Selain dari lima game dipertandingkan di WESG, GAX Evolution 2018 akan mempamerkan semangat esports melalui liga FG Series yang membawakan Mobile Legends: Bang Bang, Pro Evolution Soccer 2019 (PES 2019) dan Street Fighter V.

FG Series Mobile Legends

Kejohanan Mobile Legends dibuka kepada semua penyertaan (terhad kepada 64 pasukan) dan korang berpeluang untuk memenangi hadiah terkumpul wang sebanyak RM10,000 serta pelbagai hadiah sampingan menarik seperti kerusi & headset gaming dan diamonds. Bagi yang berminat, korang boleh lihat dulu info ini dan daftarkan diri bersama skuad korang di sini.

FG Series Mobile Legends turut menjemput pasukan-pasukan terkenal Mobile Legends seperti Team Icon, Bosskur, Mystic Burden dan Honor MYA.

FG Series PES 2019

Untuk si kaki bola terutamanya pemain PES 2019, korang boleh sertai kejohanan FG Series PES 2019 yang mempunyai hadiah terkumpul wang sebanyak RM7,000. Juara PES 2019 akan membawa pulang RM1,500 bersama kerusi gaming dan pingat. Nak tahu apa lagi hadiah menarik? Korang boleh baca segala info di pautan ini.

Penyertaan dibuka untuk 128 peserta, jadi jangan lepaskan peluang untuk daftarkan diri korang di sini.

FG Series Street Fighter V

Peminat game fighting juga boleh serlahkan bakat kompetitif untuk pertandingan FG Series Street Fighter V. Terdapat 32 slot dibuka kepada orang ramai dan pemenang bakal memenangi AOC Monitor dan pelbagai hadiah menarik

Sifu-sifu Street Fighter V boleh mendaftarkan diri melalui pautan ini!

AOC Road to EVO Japan

Siapa yang handal dalam Tekken 7 dan teringin untuk beradu tenaga dengan peserta-peserta antarabangsa? Maka, inilah peluang keemasan korang untuk menyertai AOC Cup 2018 Road to EVO Japan bagi menempah tempat ke EVO Japan 2019! 

Bagi yang berminat, korang perlu daftarkan diri terlebih dahulu untuk AOC CUP 2018 Road TO EVO: TBA Last Chance Qualifier. Hanya 6 daripada 10 peserta terpilih bakal mara ke peringkat akhir Road to EVO Japan. Juara peringkat akhir Road to EVO 2019 akan memenangi tajaan tiket pergi balik ke Jepun, penginapan percuma dan hadiah lain seperti monitor dan kerusi gaming.

Kepada jaguh-jaguh Mobile Legends, PES 2019, Street Fighter V dan Tekken 7, jom ramai-ramai turun padang ke GAX Evolution 2018 pada 15-16 Disember di Quill Convention Centre, Quill City Mall, Kuala Lumpur.

RELATED NEWS

+