Gearbox Akhirnya Mengacah Borderlands 3 Secara Rasmi, Pengumuman Bakal Dibuat Pada 28 Mac

Gearbox Software, pembangun kepada siri Borderlands mengacah peminat mereka melalui satu pos samar-samar di laman Twitter rasmi mereka.

Borderlands adalah siri game role-playing game (RPG) dalam perspektif kamera first-person shooter (FPS) yang mula dilancarkan pada 2009. Sejak dilancarkan, game ini menjadi popular kerana gabungan unik elemen RPG seperti meningkatkan skil karakter yang disediakan dalam bentuk shooter dan boleh bermain secara co-op seramai 4 orang. Keseluruhan siri ini juga penuh dengan adegan dan dialog lucu.

Selepas populariti Borderlands 1, Gearbox mengeluarkan sekuel bertajuk Borderlands 2 pada 2012 yang menyambung kembali jalan cerita Borderlands 1 dengan karakter berlainan. Siri game ini diperkembangkan lagi dengan membawa pemain untuk satu prekuel kepada Borderlands 1 & 2 yang fokus kepada antagonis, Handsome Jack dalam Borderlands: The Pre-Sequel dilancarkan pada 2014.

Sejak dari itu, siri Borderlands mendapat pelbagai spin-off (olahan dari studio lain) dan antara paling popular adalah Tales from the Borderlands iaitu sebuah game berbentuk episodik dibangunkan oleh Telltale Games. Baru-baru ini, Borderlands 2 boleh dimainkan sepenuhnya dalam kacamata VR yang dilancarkan pada tahun lepas di PlayStation VR.

Empat karakter utama dalam Borderlands 2 – Axton, Maya, Salvador dan zer0

Ramai peminat menanti-nantikan judul terbaru untuk siri Borderlands sejak CEO Gearbox, Randy Pitchford hadir di Game Developers Conference (GDC) dua tahun lalu untuk menunjukkan demo teknologi Unreal Engine 4 yang dikatakan untuk “game terbaru Borderlands” iaitu merujuk kepada Borderlands 3.

Demo itu cuma menggunakan aset seni diinspirasikan daripada siri Borderlands yang mempamerkan kualiti grafik lebih padu tetapi demo tersebut tiada demonstrasi gameplay langsung. Lagipun, Pitchford menjelaskan ini bukanlah demonstrasi untuk Borderlands 3.

Apa-apa pun, kami tak sabar menantikan apa yang bakal diumumkan oleh Gearbox pada 28 Mac di Penny Arcade Expo (PAX), Boston.

RELATED NEWS

+