Gears 5 Percuma Di Steam Buat Sementara Waktu

Siri Gears of War terkenal sebagai antara permainan video third-person shooter yang paling hebat di Xbox dan PC. Judul terbaru siri tersebut, Gears 5, kini boleh dimuat turun dan dimain secara percuma buat sementara waktu di Steam.

Tempoh percuma Gears 5 di Steam akan berakhir pada 13 April 2020. Dalam tempoh tersebut, penulis yakin anda boleh menghabiskan mod single-player judul tersebut.

Malangnya, ia tidak dijual pada harga yang dipotong pada waktu ini dan tetap dijual pada harga biasa iaitu RM95. Mungkin ini adalah taktik Xbox Game Studios (penerbit) untuk tarik minat pemain baharu dan mod multi-pemain merupakan tarikan sebenar untuk membeli judul tersebut.

Andaian ini dikuatkan lagi apabila mengambil kira pengumuman Operation 3: Gridiron, kemaskini multi-pemain terbaru Gears 5 yang akan dilancarkan pada 31 Mei 2020.

Bagi anda yang minat untuk menikmati jalan cerita mod single-player Gears 5, ini merupakan tawaran yang tak patut anda lepaskan!

Sumber: PC Gamer

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+