Geek-A-Byte: SUKMA 2018 Esports Experience

Jom saksikan episod ketiga Geek A Byte, segmen baru yang pendek dan padat dari My Game On untuk gamers di luar sana!

SUKMA 2018 memperlihatkan buat kali pertama dalam sejarah SUKMA dengan menonjolkan arena e-sukan melalui pameran Esports Experience dengan hasil kerjasama kerajaan negeri Perak.

SUKMA 2018 Esports Experience mempamerkan tiga permainan iaitu FIFA 18, PES 2018 dan Mobile Legends serta menjemput atlit e-sukan yang pernah bertanding di peringkat antarabangsa seperti AirAsia Saiyan, Amirul ‘AmTuah’ Afandi dan ramai lagi.

Saksikan kemeriahan SUKMA 2018 Esports Experience yang berlangsung di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak!

RELATED NEWS

+