Geek Fam bawa masuk Heyden, menang 2-1 ke atas Reborn Esports

Kuala Lumpur: Senjata rahsia Geek Fam, Raden Ananda atau Heyden mula beraksi pada perlawanan ke atas Reborn Esports hari ini. 

Pemain muda dari Indonesia itu merupakan pemain simpanan sejak beberapa minggu dan hanya diperkenalkan di minggu ketujuh MPL MY musim ketujuh.

Dengan peranan sebagai support, Heyden bermain dengan agak baik dan ‘sekepala’ dengan pemain Geek Fam lain.

Geek Fam kali ini cuba beraksi dengan melindungi pemain senior, Feekz sambil ditemani dua support Maima dan Heyden sepanjang masa.

Taktik itu berhasil kerana penggunaan Paquito oleh Xorn dan Panda memainkan Lapu-Lapu boleh memulakan teamfight tanpa masalah.

Maima mendapatkan MVP dengan damage tertinggi dan K/D/A 3/1/12

Namun, di perlawanan kedua, Geek Fam hadir dengan draft yang boleh dipersoalkan. Penggunaan Chang’e, Popol dan Harley seolah tidak menjadi dan mereka tewas dengan asakan dari Barats yang diambil oleh Reborn Esports.

Pada perlawanan ketiga, mereka kembali bangkit dengan memasukkan dua pemain senior, Artz dan Dominus, menggantikan Feekz dan Heyden.

Pemilihan hero dan rotasi yang baik membantu Geek Fam mendapatkan kemenangan di perlawanan ketiga ini.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MyGameOn (@mygameondotmy)

RELATED NEWS

+