Geek Fam cemerlang hari kedua, lonjak enam anak tangga liga MCPS

Jaguh Free Fire Malaysia, Geek Fam tampil dengan watak berbeza pada hari kedua minggu kedua Majors MCPS musim keempat apabila berjaya mencatatkan keputusan positif sepanjang lima pusingan yang dimainkan.

Meskipun kurang bernasib baik pada hari pertama kerana bergelut dengan isu prestasi beberapa pemain tetapi pasukan itu segera mengatasi masalah itu .

Pasukan ini menamatkan aksi hari pertama minggu kedua sekadar di kedudukan ke-11 tetapi berjaya melonjak enam anak tangga ke posisi kelima keseluruhan pada hari ini.

Aksi yang pertama dimulakan dengan Bermuda (A vs B), Geek Fam berjaya meraih posisi kedua dan lapan mata singkir walaupun mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk mendapatkan Booyah pertama bagi pasukan itu.

Pada pusingan kedua, pasukan ini seolah-olah hilang arah selepas dikeluarkan daripada persaingan di posisi kesembilan. 

Walau bagaimanapun, Geek Fam akhirnya berjaya menemui rentak selepas meraih Booyah pertama pada pusingan keenam dalam Kejohanan Majors MCPS musim keempat.

Seterusnya momentum ini diteruskan lagi selepas sekali lagi hampir mencatatkan Booyah kedua, namun terpaksa berpuas hati di posisi kedua kerana tunduk kepada Todak di pusingan terakhir Bermuda sebentar tadi.

Geek Fam kini menghuni posisi kelima apabila mengutip 198 mata secara keseluruhan dan 87 mata singkir selepas menghadapi 20 pusingan sepanjang dua minggu kejohanan.

RELATED NEWS

+