Geek Fam ID bawa masuk pemain dari Filipina?

Menerusi sebuah penstriman Zeys di akaun Youtubenya, jurulatih EVOS Legends itu menyebut bahawa pasukan Geek Fam ID akan membawa masuk pemain dari Filipina.

“Saya bocorkan ini, Geek Fam ada orang dari Filipina, sumpah guys, Geek Fam ada orang dari Filipina,” katanya.

Baru-baru ini ramai pemain yang berasal dari Filipina ingin berhijrah ke Indonesia dan bermain sebagai pemain profesional di sana.

Selagi masih dalam tempoh perpindahan sudah tentu banyak khabar angin yang akan berlaku.

Pemain profesional, Kairi dikhabarkan akan menyertai ONIC ID, Kelra menyertai pasukan Indonesia, atau kehadiran orang Filipina dalam pasukan Geek Fam sudah tentu boleh terjadi.

Tetapi sama ada benar atau tidak, sama-sama kita nantikan.

Foto: Instagram Geek Fam ID

RELATED NEWS

+