Geek Fam ID nafi jual slot MPL

Geek Fam ID adalah salah satu pasukan yang gagal untuk melayakkan diri ke peringkat playoff MPL ID musim ke-9 bersama Rebellion Zion.

Mereka gagal memenangi sebarang perlawanan menentang tujuh pasukan yang lain. Perkara ini menyebabkan mereka berada di kedudukan tercorot dengan mata negatif 27.

Terdahulu, pemain profesional RRQ Hoshi iaitu Xinn menyatakan kemungkinan besar Geek Fam ID bakal menjual slot ke pasukan lain.

Namun begitu, kenyataan itu sudah dinafikan oleh jurulatih serta penganalisis Geek Fam ID iaitu Geek Kyosh.

Mereka juga sedang membuat persiapan untuk menghadapi musim seterusnya dengan keputusan yang lebih baik.

Selain itu, ahli pasukan BTK iaitu Victor pernah menyatakan hasrat pasukannya untuk membantu Geek Fam ID yang sedang mengalami kejatuhan.

Dapatkah pasukan Geek Fam ID meningkatkan mutu permainan mereka bagi melayakkan diri ke playoff musim ke-10 nanti? Kita bakal saksikan.

Sumber: @emak_moba

RELATED NEWS

+