Geek Fam juara ESL Mobile Open 2021: Musim Luruh

Sebelum ini, penulis ada menyatakan Berjaya Dragons berjaya ke peringkat kejohanan Asia Tenggara Wild Rift oleh mereka berjaya mara ke peringkat akhir Esl Mobile Open Fall 2021.

Walau bagaimanapun, mereka sudah tewas di tangan Geek Fam sebentar tadi dengan skor 4-3. Ini menjadikan pasukan Geek Fam berjaya mara ke peringkat kumpulan kejohanan Asia Tenggara Wild Rift 2021.

Sementara itu, pasukan Berjaya Dragons akan berentap di peringkat Play Ins. Terdapat 3 stage di kejohanan Asia Tenggara Wild Rift yang akan dilaksanakan seperti berikut:

  • Stage 1 – Play-Ins:  September 14 – 19 2021
  • Stage 2 – Peringkat kumpulan: September 23 – 26 2021
  • Stage 3 – Acara utama: September 30 – Oktober 3 2021

Tahniah diucapkan kepada pasukan Geek Fam, mereka menjadi wakil Malaysia kedua yang akan ke kejohanan Asia Tenggara Wild Rift. Selamat maju jaya kepada Geek Fam dan Berjaya Dragons.

RELATED NEWS

+