Geek Fam juara Grand Finals PMPL MY/SG musim keempat!

16 pasukan bertarung bagi merebut gelaran juara dan slot ke Kejohanan Asia Tenggara yang akan dilaksanakan nanti.

Pasukan Geek Fam berjaya bergelar juara selepas mereka mendapatkan sebanyak 5 WWCD sepanjang peringkat akhir liga PMPL kali ini.

Mata yang dikumpul sebanyak 214 mata menjadikan jurang perbezaan dengan pasukan Team Secret yang berada di kedudukan kedua sebanyak 61 mata.

Prestasi yang sangat cemerlang ditunjukkan oleh Geek Fam selepas mereka mendapat triple chicken pada peta kedua sehingga keempat.

Selain itu, mereka hampir mendapat quad chicken pada peta terakhir tetapi digagalkan oleh pasukan Team Secret.

3 pasukan layak ke Kejohanan Asia Tenggara iaitu Geek Fam, Team Secret dan 4Rivals.

Akan tetapi, slot ke PMGC masih dikunci oleh pasukan Team Secret dengan mata terkumpul sebanyak 1037 dan nyaris-nyaris dicantas oleh Geek Fam yang mengumpul 1002 mata.

Tahniah diucapkan kepada pasukan Geek Fam yang berjaya mendominasi peringkat akhir liga PMPL MY/SG musim keempat. Semoga 3 pasukan ini akan memberikan saingan hebat di Kejohanan Asia Tenggara yang berlangsung nanti.

Foto: PUBG Mobile Esports Malaysia

RELATED NEWS

+