Geek Fam tebus kekalahan, 2-1 ke atas Homebois

Geek Fam MY menebus kekalahan mereka semalam dengan memenangi 2-1 ke atas HomeBois hari ini di minggu akhir MPL MY musim ketujuh.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MyGameOn (@mygameondotmy)

Pada game kedua, perlawanan berlangsung dengan sangat lama, hampir 30 minit kerana kedua-dua pasukan  bermain dengan baik. Namun, Xorn berjaya menangkap Chibi di kawasan Lord pada minit akhir membuatkan HomeBois terpaksa akur dengan kekalahan mereka.

Geek Fam sudah pun layak ke playoff di pusingan lower bracket tapi mereka perlu menunggu tiebreaker bagi mengetahui siapa lawan mereka.

MPL MY Musim Ketujuh berlangsung selama lapan minggu dan ini adalah minggu terakhir yang mana dua pasukan tercorot akan disingkirkan daripada layak ke playoffs.

Ia menawarkan hadiah terkumpul AS$100,000 (RM400,000) untuk direbut 10 pasukan yang bertanding.

RELATED NEWS

+