Geng Kapak mengambil bekas bintang Aerowolf?

GPX atau lebih dikenali sebagai Geng Kapak adalah salah satu pasukan yang dikatakan akan mengambil slot menggantikan pasukan Aerowolf di MPL.

Namun begitu, Rebellion Genflix baru sahaja mengumumkan tempoh hari bahawa mereka yang akan ke MPL musim kelapan kali ini.

GPX tidak berjaya menyakinkan pasukan Genflix untuk bekerjasama mendapatkan slot, sebaliknya pasukan Red Bull Rebellion yang mendapat layanan untuk kolabrasi bersama mereka.

Mereka tidak menyerah kalah sebaliknya mengumumkan pasukan untuk bermain di MDL iaitu para pemain dari Siren Esports.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by GENG KAPAK (GPX) (@gpx.idn)

Tidak lama selepas itu, melalui perkongsian di dalam akaun rasmi Instagram mereka, GPX telah mengacah untuk membawa masuk bekas bintang pasukan Aerowolf iaitu Watt, Rinazmi dan Fredo.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by GENG KAPAK (GPX) (@gpx.idn)

Ketiga-tiga mereka ini adalah pemain yang berkaliber saat musim ketujuh beberapa bulan yang lepas. Adakah ini bermakna mereka bertiga akan mengisi kekosongan bagi membina satu pasukan baru untuk MPL musim seterusnya? Kita bakal saksikan.

RELATED NEWS

+