Genshin Impact akan tiba di Epic Games Store 9 Jun ini

MiHoYo semalam mengumumkan Genshin Impact kini tiba di Epic Games Store pada 9 Jun ini bersama dengan kemaskini baru 1.6 Genshin Impact. Pemain-pemain Genshin Impact di Epic boleh bermain di dunia Teyvat dengan pemain di Playstation 5, Playstation 4, PC, Android dan juga iOS.

Mulai semalam, pemain boleh meletakkan Genshin Impact di dalam Epic Games Store Wishlist. 

Bundle baru percuma juga akan diberi kepada pemain-pemain Genshin Impact yang baru di Epic Games Store. Pemain juga akan mendapat kod tebusan untuk Genshin iaitu GenshinEpic di laman tebusan redeem di dalam Genshin Impact.

Jangan lupa untuk mengajak kawan-kawan anda untuk bermain di dunia Genshin Impact yang luas lagi mempersonakan.

Maklumat lanjut boleh didapati di Epic Games Store 

RELATED NEWS

+