Genshin Impact akhirnya keluarkan Windglider eksklusif KFC namun kontroversi pula melanda

Genshin Impact membuat pengumuman cara untuk mendapatkan KFC Windglider skin yang sudah keluar sebelum ini hanya di KFC China.

Namun, pengumuman ini sebaliknya mendapat maklum balas negatif dari semua pemain.

Pemain hanya boleh mendapatkan KFC Windglider melalui acara Adventurers’ Guild di Twitch. Tetapi anda perlu melanggan Twitch kepada streamer terpilih sahaja untuk medapatkan windglider itu.

Ini bermakna windglider eksklusif ini hanya boleh diperolehi melalui pembayaran sahaja.

Untuk satu langganan di Twitch anda perlu membuat bayaran sebulan untuk streamer terpilih. Dengan harga yang dibayar pula boleh dikatakan tidak berbaloi dengan harga.

Apa yang anda akan dapat hanya:

  • Wings of Feasting wind glider
  • 30,000 Mora
  • Jade Parcels
  • 2 Tonkotsu Ramen
  • 2 Sautéed Matsutake

Ramai meluahkan rasa tidak berpuas hati kerana banyak pemain tidak menonton streamer Genshin Impact di Twitch dan lebih rela pergi ke KFC untuk membeli makanan KFC dan mendapatkan code penukaran untuk windglider itu.

“Jika pencipta kandungan itu baru meningkat naik, saya tiada masalah untuk membantu mereka tetapi bukan yang dah popular.

“Saya tidak percaya satu-satunya cara untuk mendapat sayap KFC ini adalah saya perlu memberi wang kepada streamers terpilih sahaja. Saya lebih rela membeli ayam terus dari KFC,”

Malah ramai pemain Genshin Impact jarang melihat streamers Genshin Impact secara konsisten dan tidak berminat untuk membeli langganan Twitch.

RELATED NEWS

+