Genshin Impact kini boleh dimuat turun di iOS, Android serta PC dan konsol

Genshin Impact yang dibangunkan oleh MiHoYo sudah sedia dimainkan di empat platform, PS4, PC, Android dan iOS.

Permainan aksi role-playing ini memfokuskan pada watak The Traveler dalam dunia Teyvat. Ia adalah permainan dunia terbuka yang mana pemain mempunyai kebebasan untuk meneroka sendiri atau membawa kawan bersama.

Penceritaan utama permainan ini adalah mencari keluarga protagonis tapi terdapat juga misi sampingan boleh diselesaikan. Terdapat lebih 30 karakter akan ditemui dan anda boleh menubuhkan kumpulan sehingga empat orang.

Genshin Impact menggunakan sistem pembelian dalam permainan untuk pemain-pemain. Yang menariknya, ia mempunyai elemen MMO seperti kuasa-kuasa, attribut dan senjata-senjata serta pembunuhan raksasa.

Permainan ini juga membolehkan pemain berinteraksi dengan elemen. Dari segi visual, ia ada persamaan dengan anime.

Anda boleh mula muat turun di iOS, Android, PS4 dan PC.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+