PlayStation."> PlayStation." /> PlayStation." />

Ghost of Tsushima menjadi fokus utama dalam State of Play 14 Mei 2020

Episod seterusnya video State of Play yang dikeluarkan oleh Sony akan memberikan fokus yang sepenuhnya kepada permainan video Ghost of Tsushima. Episod tersebut akan dikeluarkan pada 14 Mei 2020 di laman YouTube rasmi PlayStation.

Sony menegaskan episod tersebut tidak akan mempunyai sebarang berita atau maklumat baharu mengenai konsol mereka yang seterusnya iaitu PlayStation 5 (PS5). Mereka hanya mahu menunjukkan permainan Ghost of Tsushima.

Mengikut waktu Malaysia, episod State of Play ini akan ditayangkan pada 15 Mei 2020 pada waktu 4AM.

Video tersebut akan menunjukkan beberapa aspek cara permainan Ghost of Tsushima seperti penerokaan, pertarungan, dan banyak lagi. Pada waktu ini, Sony menyatakan video tersebut telah diolahkan sehingga bertempoh selama lebih kurang 18 minit.

Ghost of Tsushima akan dilancarkan secara eksklusif di PlayStation 4 (PS4) pada 17 Julai 2020.

Sumber: PlayStation Blog

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+