Ghostwire: Tokyo ditangguh ke awal 2022

Ghostwire: Tokyo, ditangguh hingga awal 2022 untuk ‘melindungi kesihatan’ mereka yang bekerja untuk permainan itu.

Hal ini diumumkan melalui laman Twitter milik Tango Gameworks, mengucapkan terima kasih atas kesabaran dan menjanjikan untuk menunjukkan lebih banyak lagi perihal permainan video aksi supernatural ini pada masa akan datang. 

Meskipun tiada alasan spesifik diberikan, melindungi kesihatan pekerja boleh menjadi sebab berikutan peningkatan kes COVID-19 yang memuncak ketika ini, atau untuk mengelakkan budaya bekerja lebih masa di studio. Mungkin kedua-duanya sekali.

Ghostwire: Tokyo sebelum ini dijangkakan akan dilancarkan di platform PS5 dan PC pada tahun ini. Ia adalah permain terbaru daripada pengarah lagenda Shinji Mikami dan studio Tango Gameworks. Walaupun terdapat elemen seram, permainan ini lebih kepada permainan pengembaraan penuh aksi. 

Permainan ini bukanlah permainan pertama yang ditangguhkan pelancarannya hari ini. Just Cause Mobile juga dilihat ditangguh hingga ke 2022. Malah trend ini dilihat semakin berpanjangan, terutamanya ketika pandemik ini.

RELATED NEWS

+