Giliran syarikat gergasi game Tencent pula selepas TikTok?

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Huru-hara selepas sekatan TikTok di Amerika Syarikat (A.S) masih belum reda.

Banyak permainan video yang juga terkena tempias kerana sekatan ini.

Foto: Tencent

Bukan sahaja Marvel Snap tetapi beberapa permainan video lain juga terkena disebabkan ini.

Bermula dengan TikTok, ini menunjukkan kerajaan Amerika Syarikat mampu untuk mengundi bagi menghalang akses keseluruhan sosial media itu di dalam negara mereka.

Dengan penambahan sebab seperti keselamatan negara, antara syarikat terbesar permainan video Tencent mungkin akan menjadi yang seterusnya.

Apakah impak jika Tencent dihalang akses?

Syarikat besar permainan video ini mempunyai banyak syarikat-syarikat permainan video lain di bawah mereka.

Tencent adalah antara pembangun sehingga pengeluar permainan video terbesar di dunia.

Disebabkan kongres dan kerajaan Amerika Syarikat yang selalunya tidak tahu menahu mengenai perkara ini boleh membuatkan pengharaman dan halangan akses Tencent berkemungkinan akan terjadi.

Penceritaan disebalik Bytedance yang dikatakan berisiko untuk keselamatan negara, tidak pelik jika kerajaan A.S merasakan Tencent juga termasuk dalam senarai ini.

Baru-baru ini juga Tencent disenaraikan sebagai salah satu syarikat yang berada di bawah ketenteraan China oleh Amerika Syarikat.

Jika Tencent adalah sasaran seterusnya, industri permainan video di Amerika Syarikat akan terkena tempias yang sangat besar dan boleh merosakkan industri yang bernilai bilion $A.S.

Foto: Riot Games

  • Tencent memiliki 100% Riot Games dimana mereka adalah pencipta League of Legends dan VALORANT.
  • Tencent mempunyai pegangan besar di Supercell yang membangunkan Clash of Clans dan Clash Royale .
  • Grinding Gear Games yang juga membangunkan Path of Exile akan terkena tempias ini
  • Epic dimana Tencent mempunyai 29% pegangan saham sekaligus akan memberi impak kepada Fortnite dan Unreal Engine.
  • Ubisoft, Bluehole, Remedy, Platinum Games dan lain-lain lagi juga akan terkesan.

Ini bermakna Amerika Syarikat boleh meminta syarikat China untuk menarik pelaburan atau menjual saham mereka untuk mana-mana syarikat permainan video di A.S.

Perkara ini mungkin tidak akan berlaku beberapa tahun lalu, tetapi kerajaan Amerika Syarikat sanggup mengharamkan TikTok yang mempunyai lebih 170 juta pengguna di Amerika Syarikat begitu sahaja.

Adakah perkara ini akan berlaku? Mungkin tidak jika Presiden Trump membuat keputusan lebih baik selepas ini.

RELATED NEWS

+