Girls Und Panzer Dream Tank Match DX Dilancarkan Di Nintendo Switch Pada 21 Februari 2019

Bandai Namco mengumumkan Girls und Panzer Dream Tank Match DX untuk Nintendo Switch pada 21 Februari ini dalam dub Jepun dan sarikata bahasa Inggeris!

Ia adalah versi tambah baik dari PlayStation 4 (Girls und Panzer: Dream Tank Match). Permainan ini dah pun mempunyai lebih 40 karakter, peta baru, pelakon suara baru dan mod “Senshado Festival”.

Setiap ciri ini akan disediakan dalam bentuk DLC untuk versi PS4 yang asal tapi bagi versi Switch, ia akan menyokong mod multi-pemain lokal tanpa wayar.

Kalau korang bosan, bolehlah cuba dulu Girls und Panzer: Dream Tank Match di PS4 untuk dapat gambaran macam mana permainan ini dimainkan di Switch nanti.

RELATED NEWS

+