God Of War: Ragnarok akhirnya ada trailer

God Of War Ragnarok sudah menjadi antara permainan video di PlayStation 5 yang dinanti-nantikan oleh semua peminat francais God Of War.

Kali ini berkemungkinan beberapa tahun selepas God Of War, Atreus juga dapat dilihat sudah semakin dewasa dan suaranya juga sudah berubah.

God of War Ragnarok - here's our first look at the 2022 title | VG247

Apa yang kita tahu penceritaan kali ini Kratos dan Atreus perlu mengelak berlakunya peperangan di antara Dewa Norse.

Atreus pula mahu mengetahui siapa itu Loki dan apa yang ibunya mahu sebelum meninggal dahulu.

Bersama Mimir kali ini Kratos dan Atreus bakal membuat pengembaraan baru dan cuba mengambil tahu lebih banyak tentang rahsia Asgard.

God of War: Ragnarok Gets First Trailer, Teases Thor Showdown

Tidak lupa juga kemunculan Tyr iaitu anak Odin yang sentiasa disebut-sebut di dalam God Of War sebagai orang yang cuba mengelakkan peperangan dengan membuat solusi yang aman walaupun Tyr digelar sebagai God of War untuk mitologi Norse.

Siapa itu Loki? Adakah Loki adalah Atreus? Atau dewa yang memang sudah ada.

Satu persoalan paling penting adakah Kratos akan menghancurkan Asgard dan dewa dari Norse ini sama seperti yang sudah dibuatnya dahulu kepada Olympus?

RELATED NEWS

+