Godiva menjelaskan EVOS Legends adalah halangan terbesar mereka

Aura Fire yang baru sahaja lolos ke peringkat playoff tempoh hari memang menjadi kejutan untuk semua peminat. Prestasi mereka meningkat selepas memasuki minggu-minggu terakhir dan perlawanan bersama Alter Ego tempoh hari menguatkan lagi kenyataan ini.

Sejak MPL ID musim kelima sehingga ketujuh, pasukan ini sentiasa gagal untuk lolos ke peringkat playoff. Mereka sering digelar badut dan pasukan yang selalu menjadi pemberi mata kepada pasukan yang lain.

Namun, ternyata musim kelapan ini sangat berbeza untuk mereka. Mereka juga adalah salah satu pasukan yang berani menggunakan meta tank jungler yang kini sedang hype di dalam MPL Indonesia.

Perlawanan kedua di peringkat playoff akan menyaksikan pasukan Aura Fire menentang juara musim ketujuh iaitu EVOS Legends.

Godiva dari Aura Fire mengatakan bahawa EVOS Legends adalah salah satu halangan sangat besar yang mereka perlu hadapi.

“Menurut saya EVOS Legends itu adalah tembok yang paling besar. Jika kami bernasib baik menang berlawan dengan mereka maka nasib kami di peringkat seterusnya akan lebih baik. Saya yakin sebanyak 90% bahawa kami akan menang kali ini,” ujarnya.

“Sasaran kami adalah pasukan Aura Fire tidak akan pulang di hari pertama. Seterusnya kami perlu berhati-hati dengan pasukan BTR. Jungler mereka sudah mula fleksibel dan marksman yang digunakan Branz sangat kuat ketika ini,” tambahnya.

Foto: MPL

Sumber rujukan: ONE Esports

RELATED NEWS

+