Bersempena sambutan Hari E-sukan Sedunia, Goodday Charge dalam usaha membawa e-sukan sebagai sukan arus perdana mengumumkan pembukaan rasmi gim e-sukan influsif pertama di Malaysia.
Gim ini akan dibuka kepada semua peringkat umur dan digelar Goodday Charge Arena daripada Orang Esports Club.
Perasmian gim ini telah pun dibuat pada 14 Oktober lepas di Quill City Mall oleh Pia Lisa, Pengurus Pemasaran Etika Sdn Bhd. dan Adrian Gaffor, Pengasas Bersama dan pemilik The Gaming Company.
Goodday Charge Arena juga telah mengajurkan banyak aktiviti sepanjang pelancaran itu seperti FREE PLAY dimana pengunjung boleh merasai pengalaman di Charge Arena tanpa bayaran.
Beberapa streamer tekenal juga telah hadir untuk acara ini seperti Andrew ‘Stonkol69’ dan ‘Abangkepuk’ serta pasukan Team eMAS iaitu pasukan e-sukan senior pertama Malaysia.
Charge Arena juga akan berfungsi sebagai pusat untuk meggalakkan pernyertaan dalam e-sukan daripada semua peringkat umur termasuklah golongan warga emas.
Tumpuan kepada tuntutan fizikal, kognitif dan pemakanan dalam e-sukan juga akan diambil kira supaya pemain digalakkan mengamalkan permainan sihat.
Setiap hari Selasa juga, Charge Arena akan menetapkan sebagai hari BOOMERS2GAMERS day di mana semua pengunjung warga emas boleh bermain secara percuma!
Hab ini terletak di Tingkat 6 Quill City Mall, Kuala Lumpur dengan keluasa 2,500 kaki persegi yang juga menawarkan banyak keperluan bagi setiap pemain seperti set PC tercangging, permainan konsol, simulator perlumbaan dan ruang bagi permainan mudah alih.
Charge Arena juga melancarkan Goodday Charge Esports Month Contest dan Charge Arena Contest yang menawarkan peluang untuk merebut hadiah permainan RM70,000 di kedai serbaneka terpilih.
Cabaran buat pelumba terpantas Charge Racing Sim Challenge juga akan diberikan hadiah menarik seperti satu karton Goodday Charge dan8 jam masa permainan percuma di Goodday Charge Arena.
Goodday Charge Arena akan dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam.
Maklumat lanjut boleh didapati di laman rasmi Facebook, Instagram dan Tiktok Goodday Milk Malaysia