Google Doodle menyediakan mini game sempena Olimpik Jepun 2020

Kehangatan termasya dunia Olimpik Jepun 2020 akhirnya bermula, selepas ditangguh beberapa kali akibat pandemik COVID-19 melanda dunia sejak tahun lalu. 

Bersempena temasya itu, Google Doodle hari ini pamerkan semangat Olimpik mereka melalui doodle istimewa di laman enjin carian mereka. Mini-game ini seperti RPG sukan mini, dibangunkan oleh Studio 4° C untuk Google. 

Bermain sebagai seekor kucing bernama Lucky, Calico Ninja Cat, anda boleh memilih untuk menyertai salah satu daripada pasukan sama ada Biru, Merah, Kuning atau Hijau yang diwakili oleh makhluk ikonik Jepun. 

Bagi pasukan Biru diwakili Ushi (seekor lembu), Merah diwakili Karasu (seekor gagak), Inari (musang) mewakili pasukan Kuning dan Hijau diwakili Kappa (makhluk air Jepun). 

Barisan maskot

Bahkan, anda boleh bermain mini-game daripada tujuh sukan yang dipertandinkan iaitu ping pong, papan luncur, memanah, rugbi, renang irama, memanjat batu, dan marathon. Lucky akan ditugaskan untuk menewaskan “Juara Lagenda” – berasaskan kisah dongeng dan sejarah Jepun, setiap acara ini. 

Barisan Juara Lagenda

Mari mengembara bersama Lucky di Doodle Champion Island Games, dengan menyelesaikan misi, tewaskan Juara Legenda dan selami semangat Olimpik Jepun 2020. 

Sumber: Google Doodle , The Verge

RELATED NEWS

+