Google Memperkenalkan Project Stream, Main & Stream Assassin’s Creed Odyssey Di Chrome

Google baru mengumumkan Project Stream iaitu servis terbaru yang membolehkan pengguna untuk stream video game di Google Chrome.

Project Stream adalah satu ujikaji untuk menyelesaikan masalah teknikal terbesar streaming. Secara tidak langsung, ternyata Google akan menolak kemampuan streaming ke tahap lebih tinggi.

Dalam satu blogpost, Google kata, “Berbanding streaming TV atau filem, pengguna selesa menunggu buffer untuk beberapa saat. Namun, cabaran terbesar kami berdepan untuk Project Stream adalah streaming kandungan game yang memerlukan interaksi serta merta antara controller dan grafik di paparan skrin memerlukan latency yang diukur secara milisaat tanpa pilihan menurunkan kualiti grafik video game.

Jika streaming cuma menonton filem dan TV, kini Google mahu menolak had aplikasi streaming termasuk memberi kebolehan untuk bermain game popular secara streaming. Game pertama yang dapat sokongan Project Stream adalah Assassin’s Creed Odyssey yang bakal dikeluarkan pada 5 Oktober ini.

Untuk bermain Assassin’s Creed Odyssey di Google Chrome, korang memerlukan sambungan internet mampu menjana 25 megabit setiap saat atau lebih tinggi. Setakat ini, Project Stream hanya terbuka kepada pemain berumur 17 tahun ke atas di Amerika Syarikat.

RELATED NEWS

+