Google pernah bercadang untuk membeli Epic Games bagi menutup ancaman dari syarikat itu

Google pada satu saat menganggap membeli Epic Games sebagai saranan untuk “memadamkan” usaha syarikat itu dari menghindari Android Playstore. Info ini didapati dari dokumen pengadilan yang baru dibuka.

Pertama kali dilaporkan oleh The Verge, Epic memetik korespondensi dalaman Google yang menyebut rancangan Epic untuk mendapatkan komisen Google Playstore sebagai penularan yang mengancam syarikat teknologi gergasi itu. Epic mengatakan “monopoli berterusan Google adalah hasil usaha yang disengajakan oleh Google untuk mencapainya dan mengekalkannya.”

Epic juga menuduh Google menggunakan “saiz, pengaruh, kekuatan dan wangnya untuk mendorong pihak ketiga ke dalam perjanjian antikompetitif yang menguatkan monopolinya”. Untuk mengelak Epic dari terus mendedahkan monopoli yang dirancang Google, Epic berkata bahawa Google sudah mempertimbangkan untuk membeli sebahagian atau keseluruhan syarikat Epic untuk menghilangkan ancaman ini.”

Epic Games pernah melaporkan tuntutan undang-undang terhadap Google dan Apple pada pertengahan 2020, menyifatkan kedua-dua syarikat itu mengamalkan tingkah laku “anti kompetitif” di aplikasi masing-masing.

Artikel ini diterjemahkan dari laman web rasmi IGN SEA. Anda boleh membaca artikel penuh di SINI.

RELATED NEWS

+