Google Play Games beta menawarkan permainan Android di PC

Google ingin mengembangkan permainan mudah alih agar semua peminat dapat menikmati permainan-permainan seperti Summoners War, Mobile Legends Bang Bang dan lain lagi dengan pelancaran beta Google Play Games di PC.

Google mengumumkan beberapa permainan yang akan menjadi sebahagian daripada beta terhad seperti Mobile Legends: Bang Bang, Summoners War, State of Survival: The Joker Collaboration, dan Three Kingdoms Tactics.

Inisiatif Google Play Games untuk PC ini diumumkan semasa Game Awards pada bulan Disember tahun lepas. Ia akan membolehkan pemain bermain dan meneruskan kemajuan antara PC, peranti Android, tablet dan Chromebook dalam mana-mana permainan yang disertakan.

“Sebagai sebahagian daripada matlamat kami yang lebih luas untuk menjadikan produk dan perkhidmatan kami berfungsi lebih baik bersama-sama, produk ini berusaha untuk membantu pemain dengan memberi mereka akses kepada permainan mereka pada seberapa banyak peranti yang mungkin,” kata Pengurus Produk Google Play Games Arjun Dayal.

Setakat ini, beta ini terbuka kepada 3 negara sahaja iaitu Hong Kong, South Korea dan Taiwan. Google Play Games tidak mengumumkan secara spesifik tentang masa beta akan dilanjutkan ke negara lain.

Ia dijangkakan akan tiba di rantau Asia Tenggara sekitar pertengahan tahun ini.

Sumber rujukan: Gaming On Phone

RELATED NEWS

+