Google mengumumkan platform bermain permainan video secara strim Stadia akan ditutup.
Ramai para gamers terkejut kerana ramai menyangka platform ini sudah ditutup oleh Google.
“Beberapa tahun lepas, kami melancarkan perkhidmatan permainan video, Stadia” ujar Pengurus Besar Phil Harrison.
“Walaupun Stadia dibina dengan teknologi yang kuat tetapi kami tidak berjaya mendapatkan ramai pengguna seperti yang dijangka,” tambahnya lagi.
Tetapi gerakan ini mendapat lebih kontroversi apabila beberapa pengeluar permainan video tidak mengetahui langsung mengenai perkara ini.
Google refunding Stadia players is great and all but maybe they should have talked to like, any developers pic.twitter.com/ZoXBy3vsMf
— Paul Tassi (@PaulTassi) September 29, 2022
Ada permainan video yang akan dilancarkan hujung tahun ini dan mereka tidak tahu langsung atas keputusan Google.
Walaubagaimanapun, berita baik untuk pelanggan Stadia, Google akan melakukan bayaran balik ke atas semua pembelian yang berkaitan dengan Stadia melalui Google Store.
Stadia akan kekal di atas talian sehingga 18 Januari tahun hadapan.