Goose Goose Duck, permainan ala Among Us versi angsa tiba di peranti mudah alih

Jika anda mengetahui mengenai permainan Among Us, Gaggle Studio Inc melancarkan permainan strategi menjejak imposter versi mereka iaitu Goose Goose Duck. 

Goose Goose Duck ini berkisarkan sekumpulan angsa yang perlu menyelesaikan tugasan mereka di dalam sebuah kapal angkasa, sementara itik yang bertindak sebagai ‘imposter’ akan melaksanakan sabotaj terhadap kapal angkasa.

Permainan ini boleh dimainkan seramai 16 pemain di server awam atau peribadi, di samping terdapat juga peranan lain yang akan diberi secara rawak seperti Cannibal Duck, Canadian Goose, Dodo Bird dan banyak lagi. 

Selain itu, mereka juga menampilkan pelbagai barangan yang boleh dibeli menggunakan matawang dalam permainan seperti topi, pakaian, haiwan perliharaan dan banyak lagi. 

Melalui kemaskini terkini, mereka juga menampilkan peta baru iaitu S.S Mothership, Nexus Colony, Black Swan dan Mallad Manor. Di samping itu terdapat mod yang disediakan seperti mod Classic, Trick or Treat, Classic+, Dine & Dash dan Goose Hunt.

Goose Goose Duck kini boleh dimuat turun secara percuma di Google Play Store dan Apple App Store.

Sumber: GamingonPhone

RELATED NEWS

+