Grand Final MSC 2022 berjaya raih 2.8 juta penonton

Akhirnya berakhir sudah Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC) 2022  untuk tahun ini yang diadakan di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC).

Perlawanan akhir MSC 2022 berjaya meraih 2,800,213 juta jumlah penonton kemuncak.

Perlawanan di antara RRQ Hoshi dan RSG PH sangat dinantikan ramai yang menunggu peluang untuk melihat siapakah bakal bergelar juara.

Menakjubkan juga jumlah purata penonton adalah 474,560 penonton, jumlah yang bukan senang untuk dicapai.

Perlawanan di antara Todak dan RRQ Hoshi juga tinggi dengan 1.4 juta jumlah penonton.

Kesemua perlawanan di MSC 2022 adalah selama 73 jam 40 minit.

Bahasa yang paling popular untuk pertandingan ini adalah Bahasa Indonesia.

Adakah pertandingan besar selepas ini dapat memecah rekod MSC 2022?

RELATED NEWS

+